Yelp Jejak Kaki ke Wadah Tumpuan Asia Tenggara. Kini, Anda Boleh Yelp di Malaysia
Dalam peta dunia, Malaysia ibarat dua telapak tangan terbuka yang terpisah. Di sebelah baratnya adalah Semenanjung Malaysia, yang berkedudukan paling selatan di penghujung benua Asia dan di sebelah timur pula di mana terletaknya Sabah dan Sarawak. Gabungkan kedua-duanya, maka terbentuklah sebuah negara berpopulasi 30 juta penduduk yang menjadi pasaran antarabangsa Yelp ke-31. Selamat datang Yelp!
Malaysia merupakan sebuah negara unik dengan sejarah dan reputasi yang boleh dibanggakan sehinggalah ke hari ini apabila menyentuh tentang penyatuan masyarakat berbilang kaum, etnik, budaya dan agama. Apabila pengaruh budaya Melayu, Cina, India, Thai, Jawa dan Sumatera kesemuanya dicampur aduk dan digaul bersama 130 bahasa dan dialek berbeza – maka tidak syak lagi Malaysia adalah wadah tumpuan Asia Tenggara.
Kepelbagaian di Malaysia tidak terhad kepada budaya semata-mata. Malaysia juga merupakan habitat kepada hampir 20 peratus daripada spesies haiwan di dunia, sekaligus diletakkan sebagai antara negara paling kaya dari segi kepelbagaian bio di dunia ini. Kebanyakan spesies haiwan boleh ditemui di Taman Negara, iaitu hutan hujan tropika yang dikatakan berusia 75 juta tahun lebih tua daripada Amazon!
Jika anda seorang yang mempunyai selera makan yang pelbagai, Malaysia sememangnya syurga makanan yang mampu memenuhi segala kehendak anda. Dari santapan harian laksa sehinggalah juadah musim perayaan rendang, atau pun, menghirup telur setengah masak dan roti bakar di kopitiam mahupun roti canai dari warung mamak, nescaya tidak pernah membosankan.
Yelp Malaysia akan menjadikan Kuala Lumpur, bandaraya terbesar negara ini di mana tersergam megahnya Menara Kembar Petronas, sebagai titik permulaannya operasinya. Orang ramai kini berkesempatan untuk melakukan pencarian perniagaan kegemaran masing-masing melalui Yelp.
Muat turun aplikasi Yelp atau log masuk Yelp.my untuk menyelami kepelbagaian yang ditawarkan dalam wadah tumpuan Malaysia. Para usahawan juga boleh mendapat manfaat dengan membina dan meluaskan pengaruh perniagaan masing-masing di biz.yelp.my melalui Laman Bisnes Yelp.

On a map, Malaysia looks like two open palms. To the west is peninsular Malaysia – the southernmost part of continental Asia – and to the east are the states of Sabah and Sarawak. Bring these hands together and you have a nation of 30 million people and Yelp’s 31st international market. Welcome to the Yelp family, Malaysia!
Malaysia has a long, proud history and to this day remains a magnet for a wide variety of ethnic groups, cultures, and religions. With lots of influence from Malay, Chinese, Indian, Thai, Javanese, and Sumatran cultures – not to mention over 130 different languages – Malaysia is southeast Asia’s melting pot.
Malaysia’s diversity doesn’t stop with culture. It is home to nearly 20 percent of the world’s animal species, making it one of the most biodiverse countries in the world. Many of these animals can be found in the Taman Negara rainforest, which is thought to be 75 million years older than the Amazon!
If you have diverse tastes, there’s never a dull bite in Malaysia. Choose a classic laksa or go for the festive favourite – rendang. You can grab eggs and toast at a kopitiam, or scarf down roti canai from a mamak.
Yelp Malaysia kicks off in the country’s largest city and home of the famed Petronas Towers, in Kuala Lumpur. People all over the country can now begin to search for their favorite businesses on Yelp.
Download the Yelp app or log on to Yelp.my to discover the diversity of Malaysia’s melting pot. Businesses can get in on the action too at biz.yelp.my by claiming their business for free and building their Yelp Business Page.