arrowenvelopefacebookinstagramlinked-intwitteryelpyoutube

Selamat Tinggal Jurang Bahasa, Hello Terjemahan Ulasan secara Mudah Alih!

Sejak tahun 2004, warga Yelp telah berkembang kepada 27 buah negara, yang membolehkan para Yelper menulis ulasan di dalam 15 bahasa. Kami ingin memudahkan lagi usaha anda menerokai ulasan Yelp yang kaya dengan pelbagai pengetahuan serta ditulis oleh warga tempatan, jadi hari ini kami mengumumkan pelancaran ciri serba baru pada aplikasi Yelp untuk iPhone: terjemahan ulasan automatik!

Bayangkan: Anda sedang bercuti di Milan dan ingin menikmati gelato terbaik di dalam bandar. Walaupun ada banyak kedai menjual gelato di merata ceruk, anda ingin menikmati yang terbaik – kedai yang tidak dikerumuni pelancong. Anda gunakan aplikasi Yelp yang canggih untuk memulakan carian, tetapi anda tidak faham bahasa Itali. Kini anda boleh membaca saranan secara terus dari para pakar tempatan, tanpa mengira bahasa yang mereka gunakan.

Yelp review translation image

Ulasan yang diterjemah untuk Latteneve di Milan, Itali.

Aplikasi Yelp menggunakan Bing Translator untuk menterjemahkan ulasan berbahasa asing dengan hanya menekan satu butang. Anda boleh terjemahkan satu ulasan, atau semua ulasan di dalam satu bahasa pada satu-satu masa.

Walaupun terjemahan melalui mesin tidak sempurna, ianya merupakan sumber yang baik untuk memahami makna keseluruhan serta konteks ulasan yang mana tanpanya, ulasan itu  tidak boleh difahami langsung oleh para Yelper yang tidak bertutur di dalam bahasa berkenaan. Gunakan ciri ini untuk mendapatkan idea umum tentang pengalaman pengulas, tetapi fahamilah bahawa sesetengah butiran mungkin hilang dalam tafsiran.

Yelp sentiasa memberikan keupayaan kepada pelancong tempatan serta pelancong asing untuk mencari kedai-kedai terbaik tetapi tersorok menerusi pengetahuan warga komuniti global Yelp, dan terjemahan ulasan secara mudah alih ini memudahkan usaha tersebut. Alatan ini juga memberikan peluang yang lebih baik kepada kedai-kedai yang tersorok daripada pandangan pelanggan ini untuk ditemui oleh para pelancong. Bunyinya seperti menguntungkan semua!

Ciri terjemahan ini berfungsi untuk kesemua 15 bahasa Yelp yang disokong penggunaannya secara rasmi: Bahasa Inggeris, Czech, Denmark, Belanda, Finland, Jerman, Sepanyol, Itali, Norway, Perancis, Polish, Portugis, Sweden, Turki dan Jepun.

Terjemahan ulasan hanya tersedia pada aplikasi mudah alih Yelp – iPhone hari ini dan Android tidak lama lagi – jadi sila pastikan yang anda muat turun aplikasi untuk iPhone sebelum memulakan perjalanan anda. Selamat melancong, Yelper!