arrowenvelopefacebookinstagramlinked-intwitteryelpyoutube

Kaji Selidik Nielsen Menyatakan…Pelanggan Menarafkan Ulasan Yelp Sebagai Yang Paling Berpengaruh, Yang Paling Diyakini dan Yang Paling Berkualiti

Tahun lepas, kami kongsikan satu penemuan menerusi kaji selidik Nielsen yang menunjukkan bahawa para pengguna bersetuju dengan pandangan kami: Yelp memacu pembelian tempatan. Hasil kaji selidik tersebut telah memberikan impak yang agak besar:

– Hampir kesemua pengguna Yelp iaitu sebanyak (98%) pernah membuat pembelian di perniagaan yang mereka temui di Yelp, dengan hampir 90% daripadanya berbuat demikian dalam masa seminggu

– 4 daripada 5 pengguna Yelp mengunjungi Yelp kerana mereka berhasrat untuk membeli sesuatu produk atau perkhidmatan

– Pengguna Yelp melakukan carian mereka di Yelp untuk segala-galanya daripada restoran hinggalah ke pusat spa, hotel ataupun tukang kunci, dan hampir apa sahaja

Tahun ini, Nielsen menjalankan satu kaji selidik baharu, dengan pungutan suara daripada lebih 1,000 orang dewasa di Amerika yang menggunakan halaman ulasan pengguna, dan membongkar lebih lanjut bagi mendapatkan jawapan kepada soalan yang sering ditanya oleh para pemilik perniagaan sekian lama: Bagaimanakah Yelp jika dibandingkan dengan lain-lain halaman ulasan secara online?

Jawapannya: Apabila dibandingkan dengan TripAdvisor, Angie’s List, dan lain-lain direktori tempatan, orang ramai menamakan Yelp sebagai sebuah halaman ulasan yang paling kerap mereka gunakan ketika mencari perniagaan tempatan kerana mereka menyatakan yang ia memberikan ulasan yang paling berpengaruh, yang paling diyakini dan yang paling berkualiti. Orang ramai memilih Yelp:

– 4.5 kali lebih kerap berbanding Angie’s List dan hampir 3 kali lebih kerap berbanding TripAdvisor sebagai halaman ulasan yang paling berpengaruh ketika mereka membuat keputusan pembelian muktamad

– Hampir 3 kali lebih kerap berbanding Angie’s List dan hampir 1.5 kali lebih kerap berbanding TripAdvisor apabila menarafkan laman web dengan ulasan yang paling boleh diyakini.

– 2.5 kali lebih kerap berbanding Angie’s List ketika memilih halaman manakah yang mempunyai ulasan paling berkualiti

Terutamanya ketika mencari restoran, Yelp dinamakan sebagai halaman ulasan yang paling kerap digunakan, disebutkan oleh pengguna hampir 3 kali lebih kerap berbanding OpenTable dan hampir 4 kali lebih kerap berbanding Zagat.

6a00d83452b44469e201b7c76ecb29970b-800wi

Selain itu, 84% daripada pengguna yang memberi respons kepada kaji selidik ini menamakan ulasan pengguna sebagai salah satu kandungan yang paling penting di halaman ulasan, diikuti dengan rating bintang purata pada kadar 77%, serta peta/lokasi, maklumat perhubungan perniagaan, dan waktu perniagaan. Memandangkan Yelp telah membuktikan bahawa ia memiliki kualiti data yang terkemuka di dalam industri bagi bidang ini, dapatlah difahami mengapa ianya mudah bagi para pelanggan memilih untuk menggunakan halaman kami. Dan yang paling bagus, pemilik perniagaan boleh mengemaskini maklumat mereka di Akaun Pemilik Perniagaan Yelp mereka secara percuma dalam masa yang singkat.

Oleh itu anda tidak perlulah mempercayai kata-kata kami. Para pengguna bersetuju bahawa Yelp merupakan sumber yang tepat untuk mendapatkan maklumat yang terbaik tentang perniagaan tempatan.