arrowenvelopefacebookinstagramlinked-intwitteryelpyoutube

Nielsen: 4 daripada 5 pengguna Yelp mengunjungi laman ini ketika mereka membuat persiapan untuk berbelanja

Cari di Yelp dahulu sebelum membuat pembelian. Itulah falsafah yang diamalkan oleh 4 daripada 5 pengguna Yelp, menurut kaji selidik yang dijalankan oleh Nielsen baru-baru ini. Di dalam kaji selidik ini, 4 daripada 5 pengguna Yelp menyatakan bahawa mereka mengunjungi laman ini ketika mereka membuat persiapan untuk berbelanja.

Mengapa kenyataan ini penting? Kerana ia mengukuhkan lagi fakta yang telah lama kami ketahui – bahawa pengguna Yelp mencari perniagaan tempatan dengan tujuan untuk berbelanja di situ, dan mereka mengggunakan Yelp untuk membuat keputusan di mana mereka ingin berbelanja. Dengan pengunjung unik bulanan purata seramai 102 juta orang (setakat tempoh Suku Pertama tahun 2013), begitulah banyaknya kuasa berbelanja yang disalurkan melalui Yelp. Malah, minggu lepas kami baru sahaja memperkenalkan ciri butang Gesaan untuk Bertindak, satu lagi ciri baru yang boleh membantu pemilik perniagaan merapatkan jurang di antara pencarian perniagaan di Yelp dan keupayaan untuk menjalankan transaksi.

Alat Anggaran Pendapatan kami yang terbaru membantu pemilik perniagaan menentukan sendiri nilai Yelp kepada perniagaan mereka dengan menghubungkan bakal-bakal pelanggan di Yelp dengan bakal pendapatan anggaran mereka. Pemilik perniagaan daripada setiap kategori akan berkongsikan data berkaitan pendapatan purata yang mereka terima dari Yelp, dan kaji selidik baru ini membolehkan mereka melihat daripada sudut pelanggan – pengguna Yelp juga mengesahkan bahawa tindakan yang mereka lakukan di Yelp biasanya membawa kepada pembelian.

Hampir kesemua pengguna Yelp (98%) pernah membuat pembelian di perniagaan yang mereka temui di Yelp, dengan hampir 90% daripadanya berbuat demikian dalam masa seminggu!

Jika ini masih tidak cukup kukuh untuk menggambarkan kepada anda bahawa para Yelper mempunyai misi penting, pertimbangkan faktor ini: Lebih separuh daripada pengguna Yelp (55%) mengambil tindakan dengan perniagaan tempatan (misalnya, menelefon, mengunjungi atau membuat pembelian di perniagaan tersebut) secara kerap atau setiap kali mereka mengunjungi Yelp. Itu bukannya tinjauan kasual, ia merupakan penglibatan terus dengan perniagaan tempatan.

Tambahan pula, kajian itu juga mengesahkan bahawa pengguna Yelp merupakan demografi pengguna yang paling dikehendaki oleh perniagaan tempatan: kaya, berpendidikan, lebih muda dengan kecenderungan berbelanja yang lebih tinggi berbanding yang bukan pengguna Yelp. Di samping itu, majoriti pengguna mengakses ke Yelp dari pelbagai platform (komputer meja atau komputer riba, tablet, telefon pintar), yang bermakna mereka menggunakan laman web ini sama ada mereka berada di hadapan komputer atau daripada mana-mana sahaja.

Jadi apakah kesannya kepada pemilik perniagaan? Memandangkan para Yelper kini gemar mengunjungi laman ini untuk menerokai – dan berbelanja – di kedai-kedai tempatan, pemilik perniagaan kini boleh mengambil kesempatan ini untuk menggunakan peralatan percuma yang disediakan oleh Yelp untuk membina “kedai maya” mereka dan meningkatkan peluang untuk menarik perhatian Yelper berhampiran mereka. Beberapa tips tambahan untuk pemilik perniagaan:

– Pastikan yang maklumat berkaitan perniagaan anda (alamat, nombor telefon, waktu perniagaan, dan sebagainya) tepat agar pelanggan yang ingin menghubungi anda dihalakan ke arah yang betul.

– Muat naik foto perniagaan anda – kami mendapati bahawa pengguna yang mencari perniagaan tempatan di Yelp meluangkan masa selama 2 setengah kali ganda lebih lama di laman perniagaan yang berfoto berbanding laman perniagaan tanpa foto.

– Jawab ulasan, sama ada secara umum atau secara peribadi, untuk berinteraksi dengan pelanggan anda dan memberikan suara kepada perniagaan anda.

– Jejaki keberkesanan peralatan ini dan peningkatan pengguna yang bakal membuat pembelian dengan memantau prospek pelanggan dan pendapatan anggaran yang bakal diperolehi dari Yelp dengan alat Anggaran Pendapatan.

– Pertimbangkan untuk membeli pakej pengiklanan Yelp untuk memacu lebih ramai prospek pelanggan dan menjana lebih banyak pendapatan.

Berminat untuk membaca lebih lanjut tentang penemuan kaji selidik Nielsen? Lihatlah infografi di bawah!