arrowenvelopefacebookinstagramlinked-intwitteryelpyoutube

Kajian: Yelp Memacu Pendapatan Sebenar kepada Perniagaan Kecil

Boston Consulting Group, sebuah firma penasihat terkemuka bagi strategi perniagaan, telah menjalankan kaji selidik baru-baru ini kepada 4,800 pemilik perniagaan untuk mengetahui impak ekonomi Yelp terhadap perniagaan kecil. Hasilnya amat merangsang minda: perniagaan kecil dengan akaun pemilik perniagaan percuma memperolehi pendapatan tahunan secara purata sebanyak USD $8,000 dari Yelp.

Mari kita fikirkan sejenak. Sebanyak USD $8,000 diperolehi dengan hanya menuntut akaun perniagaan percuma mereka di Yelp. Amat jelas bahawa perniagaan tempatan mendapat manfaat dari ‘kesan halo’ Yelp yang diterjemahkan menjadi keuntungan sebenar.

Tambah menarik, kaji selidik ini mendedahkan bahawa pengiklan di Yelp mendapat tiga kali ganda lebih banyak faedah, menjana pendapatan tahunan purata yang mencecah sebanyak USD $23,000 dari Yelp.

Bagi kategori tertentu pula, pulangannya adalah lebih tinggi. Selepas kajian yang lebih mendalam, kami dapat melihat beberapa kategori yang beraksi cemerlang mengiklankan perniagaan mereka kepada para Yelper yang berkeinginan untuk membeli:

– Peralatan Rumah — USD $54,000*

– Automotif — USD $39,000*

– Khidmat tempatan — USD $36,000*

– Hotel dan pelancongan — USD $36,000*

– Membeli-belah — USD $24,000*

– Kesihatan & Perubatan — USD $20,000*

* Pendapatan tahunan purata dari Yelp

Memandangkan secara lazimnya pengiklan tempatan membelanjakan sebanyak USD $4,200** setahun, ini merupakan satu ROI yang amat baik untuk para peniaga yang arif ini.

Ini tidaklah begitu memeranjatkan memandangkan Yelp membantu para pengguna mencari perniagaan tempatan yang hebat ketika mereka membuat keputusan untuk berbelanja. Kami hanya berasa musykil mengapa banyak lagi perniagaan lain yang masih belum mengambil kesempatan ini untuk mendekati pelanggan.

Dalam kaji selidik yang berasingan ke atas 550 pemilik perniagaan kecil, BCG mendapati bahawa perniagaan kecil hanya membelanjakan tiga peratus daripada bajet pengiklanan mereka secara online. Dana pengiklanan perniagaan kecil kebanyakannya masih dibelanjakan ke atas cara pemasaran tradisional, seperti risalah yang diedarkan pada hari Ahad dan penghantaran kupon melalui pos.

Masalahnya, pengguna telah beralih cara pada zaman ini. Mereka mencari secara online, dan mereka ada misi yang ingin dicapai.

Para pengguna awal (pemilik perniagaan kecil yang membuat pelaburan di dalam pengiklanan secara online) agak ketara maju ke hadapan mengatasi para pesaing mereka dalam soal pemerolehan pelanggan baru dan pengukuhan hubungan dengan pelanggan setia. Meluangkan sedikit masa terlebih dahulu bagi tujuan penyelidikan dan menentukan saluran manakah yang paing berkesan untuk perniagaan setempat sememangnya terbukti berbaloi.

Walaupun pakar ekonomi telah lama mengkaji impak positif yang diberikan oleh Yelp kepada perniagaan kecil, kaji selidik BCG ini perlu diberikan perhatian memandangkan ia merupakan yang pertama mengkaji pemilik perniagaan secara langsung di dalam pelbagai kategori.

Pokoknya: banyak faedah yang diperolehi oleh perniagaan kecil yang menuntut akaun percuma mereka, lebih-lebih lagi perniagaan yang membuat pengiklanan.

**Perbelanjaan lazim bagi iklan tempatan ialah USD $350/sebulan atau USD $4,200/setahun.