arrowenvelopefacebookinstagramlinked-intwitteryelpyoutube

Apakah yang menjadikan seorang Yelper itu Elit?

Sukar dipercayai bahawa tahun 2012 merupakan tahun kelapan Skuad Elit Yelp kami ditubuhkan! Seperti baru semalam kami bertanyakan diri jika “perjumpaan yelper secara bersemuka” boleh diterima ramai. Nasib baiklah, ia berjaya dan disukai ramai! Jadi, sama ada ini merupakan tahun kelapan anda, ataupun tahun pertama anda menjadi Yelp Elit, kami ingin mengucapkan selamat datang dan tahniah kepada ahli baru skuad kami ini.

Seringkali kami ditanya bagaimana caranya untuk menyertai Yelp Elit dan kami telah sediakan satu laman Yelp Elit yang mudah sebagai rujukan anda. Walaupun tiada sebarang senarai yang perlu anda patuhi, secara keseluruhannya kami mencari ahli komuniti Yelp yang cemerlang – secara online mahupun di luar talian – dan boleh menjadi idola kepada para yelper, baru atau yang telah lama mnyertai kami.

Jika semua aksi yang tersenarai tidak menyerlahkan kehebatan anda atau orang lain yang anda rasa layak, anda sentiasa boleh mencalonkan diri sendiri atau rakan anda yang layak sepanjang tahun. Sila tinjau laman Yelp Elite untuk melihat senarai bandar-bandar yang mempunyai Skuad Elit Yelp, kemudian hantarkan e-mel kepada Yelp di bandar anda (contohnya, kuala lumpur@yelp.my) dengan menyertakan pautan ke laman profil Yelp anda dan berikan sebab mengapa anda rasa yang lencana Yelp Elit itu layak ditempatkan di profil anda. Sidang Skuad Elit Kebangsaan kami akan menyemak pencalonan anda untuk menilai jika anda layak!

Jadi, apakah faedahnya menjadi Yelp Elit? Selain daripada lencana canggih yang ditempatkan di laman profil Yelp anda, anda juga akan diberi peluang untuk menghadiri acara-acara yang eksklusif, bersemuka dengan yelper lain dari komuniti anda, dan menerokai pelbagai perniagaan tempatan yang belum pernah anda cuba. Anda ingin tahu jenis acara yang diadakan? Bacalah Blog Komuniti Yelp kami untuk melihat pelbagai jenis majlis makan malam, pesta makanan, malah majlis perkahwinan yang diraikan oleh komuniti kami. Malah, anda juga boleh mendapat pelbagai cenderamata dari Yelp. Temui Anda di Yelp!